VISI
- Memastikan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan yang telah digubal dan diluluskan dilaksanakan secara berkesan.
Bahagian PERMATA komited bagi memastikan objektif Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan dilaksanakan yang merangkumi perkara-perkara berikut:
- Menyediakan asas kepada pembangunan potensi insan yang seimbang dan optimum berlandaskan acuan tersendiri dengan mengambil kira nilai-nilai tempatan dan amalan bijak antarabangsa.
- Menggalakkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun mendapat asuhan dan didikan awal yang berkualiti bagi merangsang perkembangan awal mereka yang sesuai mengikut kumpulan umur dari segi fizikal, bahasa, kognitif, sosio-emosi dan rohani dalam persekitaran yang selamat, sihat dan menyeronokkan.
- Membangunkan kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal kanak-kanak secara menyeluruh meliputi pendidikan, pengasuhan, nutrisi dan kesihatan.
- Mewujudkan kemudahan infrastruktur dan persekitaran pembelajaran termasuk peralatan pembelajaran yang berkualiti bagi membolehkan pencapaian hasil pembelajaran yang positif.
- Melaksana pembinaan dan menyelia Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) di seluruh negara.
No comments:
Post a Comment